Syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi, akhirnya tarikh untuk show pertama GMO telah ditetapkan pada 12,13,14hb april 2013 nanti di Auditorium menara mpaj ampang.
Khamis, 28 Februari 2013
Sabtu, 23 Februari 2013
Bintang Mencari Bintang
Jumaat, 22 Februari 2013
Photoshoot
Alhamdulillah selesai sudah untuk photoshoot artis-artis yang terlibat, dan terima kasih memberi kerjasama. Korang tentu nak tahukan siapa artis yang terlibat. Di bawah nie gambar mrk, jom lihat...!
Ok, kita sambung lak kat gadis berbaju kurung merah jampu itu sungguh ayu he5, Dia adalah Nas Adila AF musim yg ke 7. Sape yg layan AF psti kenal dia. Sekarang Nas menjual produk kesihatan bernama D'Apple Fiber dan Nas ada buka studio, kalau korang nk belajar menari blh la cari Nas ok.
Dari kira tue msti semua kenal dia Ezad Lazim dgn lagunya Jesnita popular sampai ke negara seberang, sebelah Ezad pulak adalah Abby Sabihah pernah memenangi juara Bintang Klasik 2008. Dan sebelah Abby Sabihah seorang pelakun teater Hairi Mohamad, baru2 ini telah terlibat Bangsawan Ahmad Albab dan Bangsawan Dendam Tantari 2012.
Kita sambung sebelah Mohd Hairi pulak he5. Seorang penyanyi zaman remaja dulu, lagu dia mmg meletop.. "Bila berlabuh tabir malam indah, cakerawala pn turut melambai gundah, pecah duka berganti, rasa merindu kepadamu" sambung2 kalau korg tahu. Dia adalah Fairus Selamat dari kumpulan Q-Face. Mesti korang igt punya.
Ok, kita sambung lak kat gadis berbaju kurung merah jampu itu sungguh ayu he5, Dia adalah Nas Adila AF musim yg ke 7. Sape yg layan AF psti kenal dia. Sekarang Nas menjual produk kesihatan bernama D'Apple Fiber dan Nas ada buka studio, kalau korang nk belajar menari blh la cari Nas ok.
Akhir sekali sebelah Nas Adila dari AF juga, dia adalah Aliff AF musim yg ke 6 igt lg kan.. Aliff sekarang tengah belajar dunia teater.
Ahad, 17 Februari 2013
Akan Datang.....!
Bersiap sedia akan kemunculan HANTU KETAPANG yang sungguh nakal, akan mengganggu anda April 2013 ini. Nantikan pementasan teater 'HANTU KETAPANG' Jangan lalu bawah pokok...yang akan dipentaskan di Auditorium MPAJ , April nanti. Skrip & Arahan : R.A
Geliga Merah Opera (GMO)
PENGENALAN
Persatuan GELIGA MERAH OPERA ( GMO ) telah di tubuhkan pada 18hb mac 2011 dengan nama Geliga Sakti Opera ( GSO ). Nama sementara GSO digunakan bagi melaksanankan satu pementasan teater bangsawan anjuran Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara ( JKKN ). Namun begitu nama kumpulan ini tidak dapat di daftarkan atas sebab-sebab tertentu, maka setelah di persetujui satu nama baru telah di fikirkan dan Berjaya di daftarkan semula atas nama Persatuan Geliga Merah Opera pada 28hb disember 2012.
Bertitik tolak dari itu, GMO tidak menoleh ke belakang lagi dalam menjalankan aktiviti-aktiviti seni teater yang sememangnya menjadi minat serta darah daging ahli-ahli didalam persatuan ini. Kini berpusat di pandan indah, GMo sendiri sentiasa ingin mendekatkan diri kepada masyarakat khususnya anak-anak muda generasi kini agar dapat bersama-sama menjalankan apa saja aktiviti berkaitan seni terutamanya seni teater pentas. Teater itu sendiri sememangnya boleh mendidik diri menjadi sesorang lebih matang dan mengenali diri disamping memupuk jati diri sebenar. Kini dengan 30 orang ahli GMO dalam merangka projek untuk tahun 2013.

Langgan:
Ulasan (Atom)