Syukur alhamdulillah, GMO sudah pun setahun. Bermula tarikh 28hb Dec 2012 sehinggalah kini 28hb Dec 2013. Berbagai - bagai rintangan yang kami tempuhi, pahit manis, jatuh bangun, menangis ketawa untuk menerus perjuangan kami sebagai anak seni. Walau pun perit kami laluinya, kami tetap bersatu hati meneruskan niat dan minat kami terhadap dunia teater. Tidak dapat kami ungkapkan kegembiraan kami menyambut ulang tahun pertama GMO. Semoga tahun 2014 GMO akan menapak satu langkah lagi, insyaallah.
Mengimbas kembali persembahan pertama kami teater Hantu Ketapang di Auditorium Menara MPAJ, Ampang pada 12,13,14hb april 2013. Artis yang terlibat Fairuz Selamat, Hairi Mohamad, Nas Adila, Alif Af, Ezad Lazim, Shazli Cuit dan Seri Nabilla turut di bantu oleh artis GMO.
Persembahan yang kedua GMO dengan bekerjasama dari syarikat telco Xxiz, kami membawa teater Hantu Ketapang ke Langkawi di Auditorium LADA Langkawi pada 7, 8, 9hb june 2013 dan kami membawa 50 orang peminat bersama kami menontom sambil bercuti. Artis yang terlibat Fairuz Selamat, Hairi Mohamad, Nas Adila, Alif Af, Ezad Lazim, Shazli Cuit dan Fauziah Gambus. Turut di bantu oleh artis-artis GMO.
Persembahan yang ketiga GMO, adalah teater Rumah Mayat bekerjasama dengan NM Galaxy Sdn Bhd. Di pentaskan di Auditorium Menara MPAJ, Ampang pada 23, 24, 25 August 2013. Artis yang terlibat Raja Azrey, Abu Mamu, Shazli Cuit dan Opie Idayu. Turut di bantu oleh Mamak Cuit, Angoh Ganu dan artis-artis GMO.
Persembahan yang keempat kami adalah teater Bukan 404 yang baru saja di pentaskan di Auditorium Menara MPAJ, Ampang pada 13, 14, 15hb December 2013. Artis yang terlibat Kaka Azraff, Boy Iman, Khaty Azian dan Zaiful Hazami turut di bantu Hafiz Gamat, Angoh Ganu, Wiri Wili dan artis GMO Rozita Rahim, Eima Baharom, Lokman Harmin, Black Azmeer, Nur Rabiatul Liyana dan ramai lagi. Turut dibantu oleh kumpulan Kupast.













