Ahad, 16 Mac 2014

Teater Pocong Bukit Pasir

Teater Pocong Bukit Pasir akan di pementaskan di Auditorium MPAJ pada 21-23hb Mac 2014 jam 8.30 malam. Pelakon teater ini adalah dari Bengkel Lakonan anjuran MPAJ dan artis undangan seperti Mamak Cuit, Abu Mamu dan Shazli Cuit, turut di bantu oleh artis GMO.

Jumaat, 27 Disember 2013

Genap Setahun GMO

Syukur alhamdulillah, GMO sudah pun setahun. Bermula tarikh 28hb Dec 2012 sehinggalah kini 28hb Dec 2013. Berbagai - bagai rintangan yang kami tempuhi, pahit manis, jatuh bangun, menangis ketawa untuk menerus perjuangan kami sebagai anak seni. Walau pun perit kami laluinya, kami tetap bersatu hati meneruskan niat dan minat kami terhadap dunia teater. Tidak dapat kami ungkapkan kegembiraan kami menyambut ulang tahun pertama GMO. Semoga tahun 2014 GMO akan menapak satu langkah lagi, insyaallah.

Mengimbas kembali persembahan pertama kami teater Hantu Ketapang di Auditorium Menara MPAJ, Ampang pada 12,13,14hb april 2013. Artis yang terlibat Fairuz Selamat, Hairi Mohamad, Nas Adila, Alif Af, Ezad Lazim, Shazli Cuit dan Seri Nabilla turut di bantu oleh artis GMO.

Persembahan yang kedua GMO dengan bekerjasama dari syarikat telco Xxiz, kami membawa teater Hantu Ketapang ke Langkawi di Auditorium LADA Langkawi pada 7, 8, 9hb june 2013 dan kami membawa 50 orang peminat bersama kami menontom sambil bercuti. Artis yang terlibat Fairuz Selamat, Hairi Mohamad, Nas Adila, Alif Af, Ezad Lazim, Shazli Cuit dan Fauziah Gambus. Turut di bantu oleh artis-artis GMO.

Persembahan yang ketiga GMO, adalah teater Rumah Mayat bekerjasama dengan NM Galaxy Sdn Bhd. Di pentaskan di Auditorium Menara MPAJ, Ampang pada 23, 24, 25 August 2013. Artis yang terlibat Raja Azrey, Abu Mamu, Shazli Cuit dan Opie Idayu. Turut di bantu oleh Mamak Cuit, Angoh Ganu dan artis-artis GMO.

Persembahan yang keempat kami adalah teater Bukan 404 yang baru saja di pentaskan di Auditorium Menara MPAJ, Ampang pada 13, 14, 15hb December 2013. Artis yang terlibat Kaka Azraff, Boy Iman, Khaty Azian dan Zaiful Hazami turut di bantu Hafiz Gamat, Angoh Ganu, Wiri Wili dan artis GMO Rozita Rahim,  Eima Baharom, Lokman Harmin, Black Azmeer, Nur Rabiatul Liyana dan ramai lagi. Turut dibantu oleh kumpulan Kupast.

Rabu, 25 Disember 2013

Teater Hantu Rumah Mayat 23hb - 24hb August 2013

Alhamdulillah,  persembahan yang ketiga teater Hantu Rumah Mayat yang bekerjasama dengan NM Galaxy Sdn Bhd dan MPAJ sudah pun di pentaskan pada 23hb - 24hb August 2013 bertempat di Auditorium Menara MPAJ, Ampang.  Kami dari Geliga Merah Opera mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat menjayakan pementasan teater ini.




Artis yang terlibat adalah Raja Azrey, Abu Mamu RajaLawak,  Shazli Cuit RajaLawak dan Opie Idayu. Turut di bantu oleh angoh RajaLawak 7, Mamak Cuit Rajalawak, Boy RajaLawak 7, Lokman Harmin dan Lanun dari kumpulan teater penang Resdong's dan artis dari GMO.
Produksi Hantu Rumah Mayat

Artis Yang Terlibat







                                     

Jumaat, 8 Mac 2013

Hantu Ketapang di ruang Metro



Petikan dlm metro :

"Tahun ini Raja Azrey, 35, menubuhkan produksi sendiri iaitu Persatuan Geliga Merah Opera (GMO) dengan permentasaan sulung berjudul Hantu Ketapang (Jangan Lalu Bawah Pokok). Teater berkenaan di pentaskan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah pada 12, 13, 14 April ini bermila jam 8.30 malam. Raja Azrey berkata, selepas 12 tahun terbabit dengan teater, inilah satu-satunya permentasan yang sangat berertu buat dirinya. GMO ialah jatuh bangun saya dengan teman-teman teater. Maka tidak pernah berputus asa untuk meneruskan perjuangan dalam teater."

Khamis, 7 Mac 2013

Poster Hantu Ketapang

Sebahagian poster Hantu Ketapang
Ini adalah Final Poster Hantu Ketapang






Promo Hantu Ketapang

Promo Hantu Ketapang, jom layan pasti korg geli hati tengok....

Tajuk : Jangan Lupa.. Datang tengok!
Perlakon Taufik Hidayat dan Eima Baharom


Tajuk : Jangan bagi tahu sesiapa
Perlakon : Bakthiar

Tajuk : Jangan Tanya Malam-Malam
Perlakon : Lokman Harmin dan Jojo Zainal